Persatuan Pengimpal Negeri Perak (PPNP)
PENGENALAN
Bagi menyahut cabaran muttakhir ini selaras dengan perkembangan modal insan yang dilaungkan Negara, kami memperkenalkan kepada seluruh warga Malaysia khususnya para pengimpal dan organisasi yang berkaitan dengannya, PERSATUAN PENGIMPAL NEGERI PERAK (PPNP). Organisasi ini memiliki keupayaan untuk melahirkan generasi pengimpal yang kompeten kepada permintaan modal insan. Kami juga berupaya untuk menjadi koordinasi sumber tenaga bagi bidang kimpalan bagi seluruh pelusuk negara. Selain dari itu, kami berusaha dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan teknologi kimpalan baik dari aspek peralatan, pengalaman dan ilmu.
VISI & MISI
KOORDINASI TEKNOLOGI, KOMPETEN MODAL INSAN, KERJAYA DAN HALATUJU DUNIA KIMPALAN
Bagi merealisasikan visi persatuan, kami menggariskan beberapa misi utama;
- Membina budaya ilmiah dan sensitiviti kepada perkembangan teknologi dan permintaan tenaga kerja dunia kimpalan
- Menggarap keupayaan maksima bagi mengemudi hala tuju perkembangan teknologi dan permintaan tenaga kerja dunia kimpalan
- Mengemaskini maklumat melalui komunikasi serta perkongsian kepada ahli khasnya, amnya kepada semua.
OBJEKTIF
- Mengkoordinasi maklumat dan status ahli baik dari aspek kerjaya, kompeten dan halatuju.
- Mengemudi peluang ahli kepada kemajuan kerjaya, kompeten diri dan halatuju
- Meningkatkan mutu ahli dari aspek kerjaya, kompeten diri dan halatuju
Rebutlah peluang ini dengan menyertai persatuan ini dan menjadi ahli. Bersamalah dengan kami menuju kejayaan dalam bidang kimpalan dan membina kerjaya yang cemerlang menuju halatuju yang lebih baik.
Sila hubungi kami..
PERSATUAN PENGIMPAL NEGERI PERAK (PPNP)
LOT PT 10154 KAWASAN PERINDUSTRIAN SERI MANJUNG
32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN
Tei./Fax: 05-6888 545
Email: pengimpalperak@gmail.com